Bidang-bidang Psikologi Moden



Psikologi merupakan pengembangan baru terhadap bidang psikologi yang sedia ada yang mementingkan keobjektifan. Selain daripada itu, bidang psikologi moden tidak lagi ditakrifkan sebagai kajian tentang jwa atau rohani, tetapi sebagai satu sains tingkah laku. Tingkah laku pada ahli psikologi ialah segala aktiviti seseorang dengan penggunaan alat. Bahan kajian psikologi ialah untuk mendapatkan undang-undang prinsip-prinsip yang menerangkan perkaitan tingkah laku yang lain.

Psikologi moden telah berkembang membentuk beberapa pecahan. Antara pecahan-pecahan tersebut ialah:-

Psikologi Klinikal

Psikologi klinikal merupakan satu kaedah yang digunakan untuk memperbaiki dan merawat mental, emosi, perasaan, masalah perkahwinan dan tingkah laku tidak terkawal. Julat pengawalan bermula dari masalah jangka pendek sehingga masalah kronik seperti Schizopherenia (sejenis penyakit mental yang menyebabkan pesakit mengalami masalah untuk mengenal pasti sesuatu itu benar atau salah)

Psikologi Fisiologi

Psikologi fisiologi mengkaji pertalian antara proses tubuh badan dengan tingkah laku. Kajian tertumpu pada fungsi organik terutamanya sistem saraf. Contohnya, kajian akan dijalankan untuk mengetahui cara otak mengawal kelaparan.

Psikologi Kaunseling

Psikologi kaunseling membantu individu dalam menangani masalah mental dan keadaan yang sukar secara berkesan. Setiap individu samada dari peringkat sekolah sehingga universiti yang mengalami kesukaran memerlukan khidmat kaunselor dalam menangani masalah dengan berkesan. Psikologi kaunseling hamper sama dengan psikologi klinikal dengan membantu individu yang menghadapi masalah dan mengkaji masalah terhadap punca tingkah laku tak terkawal dan keberkesanan melalui terapi.

Psikologi Personaliti

Psikologi personaliti mengkaji mengenai perbezaan antara individu dari segi sosiabiliti, sidat kendiri, ketakutan, keperluan dan sebagainya. Ahli psikologi dalam bidang ini berupaya untuk menentukan kenapa seseorang itu gembira, gementar, sedih, gembira dan sebagainya. Bidang ini juga mengkaji adakah terdapat perbezaan konsisten antara lelaki dan wanita, bangsa, dan kumpulan budaya dari segi sosiabiliti.

Psikologi Perkembangan

Psikologi perkembangan mengkaji factor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dari lahir sehingga dewasa. Prinsip-prinsip perkembangan pada peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa akan dikaji.

Psikologi Industri dan Organisasi


Psikologi industry dan organisasi member perhatian kepada isu-isu praktikal seperti memilih dan melatih. Ia juga meningkatkan produktif dan keselesaan tempat kerja serta kesan penggunaan computer dan outomasi kepada pekerja. Kebanyakan organisasi dan industry memerlukan khidmat ahli psikologi dalam menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan tekanan tempat kerja. Selain daripada itu, perhubungan antara pekerja dengan kaunselor dalam pemilihan pekerja, mengarah kepada kerja-kerja sukarela dan sebagainya.

Psikologi Eksperimentasi

Psikologi eksperimentasi melakukan kajian terhadap proses psikologikal yang asas termasuk belajar mengingat, perasaan, pandangan dan motivasi. Bidang ini berminat untuk menjawab persoalan seperti ;bagaimana manusia boleh mengingat dan apa yang membuatkan manusia lupa? Adakah lelaki dan wanita melihat permasalahan dari sudut berbeza? Kenapakah sesetengah individu lebih bermotivasi dari individu lain?. Psikologi ini juga bertujun untuk mengembangkan kebolehan penyelidikan terutama dari segi pengamatan, perhatian, pemikiran dan pembalajaran.

Psikologi Pendidikan

Psikologi pendidikan adalah gabungan dua bidang yang berbeza iaitu bidang psikologi dan pendidikan. Walaupun kedua-kedua bidang ini jauh berbeza, namun ianya sering dikaitkan dalam membina individu dalam proses pembelajaran di sekolah. Ia mengkaji semua aspek proses pendidikan seperti pengajaran, pembelajaran, suasana bilik darjah, penyusunan kerusi dan meja, kurikulum sekolah. Justeru, ia merupakan cabang psikologi yang menekankan penggunaan serta penyerapan teori dan kaedah psikologi terhadap permasalahan dalam pendidikan.

Psikologi Sosial

Psikologi sosial mengkaji tingkah laku individu dalam situasi kumpulan dan perhubungan antara individu ataupun antara kumpulan. Perkara-perkara yang dikaji termasuk sikap dan prasangka individu terhadap sesuatu.

Hubungan Psikologi dan Psikologi Pendidikan

Psikologi pendidikan merupakan satu cabang bidang psikologi. Ia merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku manusia dalam situasi pendidikan. Psikolog ini amat berguna kepada ibu bapa dan para pendidik. Ianya meliputi aspek-aspek pendidikan seperti pengajaran dan pembeljaran, suasana bilik darjah, penyusunan kerusi meja.

Untuk memahami psikologi maka seseorang perlu terlebih dahulu memahami beberapa konsep seperti konsep dan teori. Ini adalah kerana kedua-dua perkara ini amat berkait rapat dengan penyilidikan yang dijalankan akan menghasilkan penemuan-penemuan baru. Sehubungan dengan itu, secara realiti guru memerlukan berbagai-bagai konsep dan teori psikologi pendidikan yang telah dihasilkan daripada penemuan-penemuan tersebut.



Berbagai hujah dan penjelasan dari perspektif yang berbeza-beza telah diberikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan mengenai sesuatu isu. Untuk menjurus kepada perkara tersebut, maka pemahaman tentang psikologi pendidikan serta elemen-elemen yang bersangkut paut dengannya diperlukan untuk difahami. Matlamat utama psikologi pendidikan sangat jelas iaitu untuk memahami pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan sebagai alat utama.
Dari beberapa prinsip yang dibina maka ahli psikologi telah menyediakan penjelesan-penjelasan mengenai hubungan pelbagai pembolehubah dengan keseluruhan sistem yang berhubung. Secara realiti guru memerlukan pelbagai prinsip-prinsip dan teori-teori psikologikal pendidikan yang telah dihasilkan. Ahli psikologi pendidikan bertugas meninggikan kesempurnaan pembelajaran di sekolah/institusi pendidikan dengan menggunakan psikologi pembelajaran dan motivasi. Ahli psikologi pendidikan juga mengkaji kaedah mengajar dan belajar yang lebih berkesan dan biasanya ahli ahli psikologi pendidikan bertugas membentuk pendidikan seperti di sekolah, maktab dan IPT. Ahli psikologikal pendidikan berminat mengkaji bagaimana prinsip-prinsip psikologi membantu memahami pembelajaran.




Definisi Psikologi Pendidikan

‘Psiko’ sering dikaitkan dengan perasaan, jiwa, mental, dan emosi dan‘psikologi’ pula adalah kajian mengenai perasaan, jiwa, mental dan emosi. Kesemua takrifan itu adalah persepsi pertama yang terlintas dalam pemikiran kita apabila mendengar perkataan-perkataan tersebut. Bagaimanapun Kamus Dewan memberi maksud psikologi sebagai kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan. Pola pemikiran dan perlakuan seseorang ataupun sesuatu kumpulan tertentu dengan kebijaksanaan memahami sifat manusia.




Psikologi pendidikan

Pada asasnya, psikologi pendidikan adalah sebuah disiplin psikologi yang khusus mempelajari, meneliti, dan membahas seluruh tingkah laku manusia yang terlibat dalam proses pendidikan yang meliputi tingkah laku belajar (oleh siswa), tingkah laku mengajar (oleh guru), dan tingkah laku belajar mengajar (interaksi guru dan murid). Psikologi pendidikan menurut sebahagian ahli psikologi merupakan sub disiplin psikologi dan bukannya psikologi itu sendiri.

Menurut Arthur S. Reber (1998) menyatakan psikologi pendidikan adalah sebuah sub disiplin ilmu psikologi yang berkaitan dengan teori dan masalah kependidikan yang berguna dalam hal-hal seperti penerapan prinsip-prinsip belajar dalam kelas, pengembangan dan pembaharuan kurikulum, ujian dan evaluasi bakat dan kemampuan, sosialisasi dan interaksi proses-proses tersebut denganpendayagunaan ranah kognitif dan penyelenggaraan pendidikan keguruan.

Secara praktis, Barlow (1985, dalam Tardif, 1987) mendefinisikan psikologi pendidikan sebagai sebuah pengetahuan berdasarkan riset psikologis yang menyediakan serangkaian sumber-sumber untuk membantu dan melaksanakan tugas sebagai seorang guru dalam proses belajar mengajar secara lebih selektif. Dalam buku Educational Psychology yang diterjemahkan Buchori (1978), psikologi pendidikan adalah studi sistematis tentang proses-proses dan factor-faktor yang berhubungan dengan pendidikan manusia.

Menurut Wikipedia, Psikologi pendidikan merupakan kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan. Walaupun istilah "psikologi pendidikan" dan "psikologi sekolah" seringnya digunakan sebagai sinonim untuk satu sama lain, para penyelidik dan ahli teori cenderung dikenali sebagai ahli psikologi pendidikan, manakala pengamal di sekolah atau dalam keadaan berkait sekolah dikenali sebagai ahli psikologi sekolah. Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak bergeliga dan mereka yang kehilangan upaya.

Sebahagian psikologi pendidikan dapat difahami menerusi hubungannya dengan disiplin-disiplin yang lain, khususnya bidang psikologi. Ia memiliki hubungan dengan disiplin psikologi yang seolah-olah hubungan antara perubatan dengan biologi, atau kejuruteraan dengan fizik. Psikologi pendidikan pula menjelaskan berbagai-bagai bidang dalam kajian pendidikan, termasuk reka bentuk pengajaran, teknologi pendidikan, perkembangan kurikulum, pembelajaran organisasi,pendidikan khas, dan pengurusan bilik darjah. Psikologi pendidikan meminjam daripada bidang sains kognitif dan sains pembelajaran, serta dan menyumbang kepadanya. Di universiti, jabatan psikologi pendidikan biasanya terletak di bawah fakulti pendidikan dan disebabkan ini, mungkin mengakibatkan kekurangan kandungan psikologi pendidikan dalam buku teks pengenalan psikologi.

1.7.2 Konsep-konsep asas psikologi

Terdapat empat konsep yang menjadi asas kepada psikologi iaitu naluri, keperluan, desakan dan motivasi yang setiap satunya mempunyai penjelasan yang tersendiri.

Menurut Hilgard (1979) naluri ialah kuasa semulajadi biologi yang mendorong seseorang bertindak mengikut sesuatu cara. Fantino mentakrifkan naluri sebagai pola tingkah laku yang semulajadi dan bukanlah sesuatu yang dipelajari. Naluri berlaku melalui tiga peringkat iaitu adanya desakan untuk capai sesuatu tujuan tanpa apa-apa rangsangan, pengetahuan sedia ada yg diwarisi utk capai tujuan tanpa dipelajari atau membuat latihan dan bentuk tingkah laku adalah sama bagi semua ahli kumpulan yang dikenali sbg ‘tingkah laku’.

Manusia mempunyai beberapa naluri antaranya naluri melarikan diri, naluri melawan, naluri keibubapaan, naluri ingin tahu, naluri mencari makanan, naluri minta tolong, naluri jijik, naluri kejantinaan, naluri memperagakan diri, naluri merendah diri, naluri ingin memiliki, naluri meruntuh dan membina, naluri ingin berkumpulan, naluri ketawa dan sebagainya. Naluri tersebut dikenali sebagai naluri asas atau tersusun dalam diri manusia seterusnya menjadi pengerak tingkah laku manusia dan asas kehidupan manusia.



Keperluan bermakna sesuatu yang dikehendaki oleh seseorang individu untuk berfungsi secara berkesan. Abraham Maslow membahagikan keperluan kepada dua kategori iaitu keperluan fisiologi atau hayat dan keperluan psikologi. Keperluan fisiologi atau hayat merupakan keperluan yang wujud daripada kekurangan atau keperluan organik seperti makanan, air, objek, dan seks. Manakala keperluan psikologi wujud daripada hubungan antara organisma dan manusia dengan persekitaran.

Desakan merupakan fenomena dalaman yang dialami individu apabila berlaku ketidakseimbangan dalam badan. Kekurangan sesuatu keperluan asas seperti makanan, minuman, udara, seks, dan kasih sayang yang diperlukan oleh badan membentuk ketidakseimbangan. Kekurangan ini mewujudkan desakan supaya kekurangan ini dapat dipenuhi. Terdapat tiga jenis desakan utama yang dialami oleh individu iaitu desakan lapar yang disebabkan oleh keperluan makanan, desakan dahaga yang disebabkan oleh keperluan minuman iaitu air dan desakan seks yang disebabkan oleh keperluan kejantinaan.

Motivasi atau pergerakan ialah kecenderungan organism untuk menjalankan aktiviti yang dirangsang oleh suatu insentif. Tingkah laku seperti ini wujud kerana ketegangan fisiologi atau psikologi, dan menuju arah pencapaian satu-satu matlamat. Motivasi wujud secara semulajadi dan ianya tidak diwarisi. Semakin kuat keinginan untuk mencapai sesuatu, semakin tinggi motivasinya.

Tujuan Psikologi Pendidikan

Psikologi pendidikan merupakan bidang psikologi gunaan atau praktik. Ia membina serta mengkasilkan teor-teori serta prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada memahami tingkahlaku pelajar dan guru dalam bidang pendidikan. Pengetahuan mengenai psikologi pendidikan ini sangat penting bagi para pendidik untuk menyelenggarakan pendidikan di sekolah-sekolah. Terdapa tempat tujuan utama dalam psikologi pendidikan untuk guru-guru iaitu memerihal, meramal, menerangkan dan mengawal. Hal ini juga disebut oleh ahli psikologi Abd .Majid Mohd. Isa dan Rahil Mahyuddin (1997).

Pengetahuan mengenai psikologi pendidikan ini sangat penting bagi para pendidik untuk menyelenggarakan pendidikan di sekolah-sekolah. Terdapa tempat tujuan utama dalam psikologi pendidikan untuk guru-guru iaitu memerihal, meramal, menerangkan dan mengawal. Hal ini juga disebut oleh ahli psikologi Abd .Majid Mohd. Isa dan Rahil Mahyuddin (1997).

Memahami (memerihal dan menerangkan) tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Meramalkan tingkahlaku gantian yang mungkin berlaku dan mengawal tingkahlaku tersebut.

Menurut Kindgren sebagaimana yang dikutip Surya (1982), manfaat psikologi pendidikan adalah untuk membantu para guru dan para calon guru dalam mengembangkan pemahaman yang lebih baik mengenai kependidikan dan prosesnya. Chaplin (1972) pula menitikberatkan manfaat psikologi pendidikan untuk memecahkan masalah-masalah yang terdapat dalam dunia pendidikan dengan cara menggunakan kaedah-kaedah yang disusun secara rapid dan sistematis.



Muhibbin (1999) menggariskan sepuluh jenis kegiatan pendidikan yang memerlukan prinsip-prinsip psikologi seperti berikut :

(1) Pemilihan penerimaan pelajar

(2) Perencaan pendidikan

(3) Penyusunan kurikulum

(4) Penelitiankependidikan

(5) Pentadbiran pendidikan

(6) Pemilihan bahan pelajaran

(7) Interaksi pengajaran dan pembelajaran

(8) Bimbingan dan motivasi

(9) Kaedah mengajar

(10) Pengukuran dan penaksiran



Batasan Psikologi Pendidikan



Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian. Membantu pelajar memahami diri mereka. Membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajar. Merumuskan langkah supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Membantu guru memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta menghubungkaitkan dengan proses pengajaran dan pembelejaran dalam bilik darjah. Guru dapat merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk kumpulan kanak-kanak yang berlainan. Guru boleh menggunakan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sejajar dengan kognitif kanak-kanak.

Membolehkan guru mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segifizikal, kognitif, sosial dan emosi, Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka.

Membolehkan guru merekacipta soal selidik untuk mengenalpasti tahap perkembangan pelajar dan menyediakan program yang sesuai untuk meningkatkan prestasi.

Memahami tingkah laku murid melalui pemahaman teori dan prinsip psikologi pendidikan. Guru dapat meramal, menelah dan mengawal tingkah laku murid. Memotivasi murid-murid dalam proses pembelajaran.

Memahami perbezaan individu murid dari segi kognitif, bakat, minat dan keperluan Menyelesaikan masalah murid yang menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah di dalam bilik darjah.

Psikologi Pendidikan dan Guru

Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan .aspek aspek psikologi dalam kajian meliputi tingkahlaku murid terhadap segala aktiviti pengajaran pembelajaran dalam situasi bilik darjah.

Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkahlaku dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk mrnyelesaikan masalah pendidikan. Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid, pengajaran dan pembelajaran yang mengfokus proses-proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran. lmu psikologi merangkumi pelbagai topik yang boleh diaplikasikan didalam berbagai-bagai bidang khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkahlaku manusia terhadap pembelajaran.



Menurut R.M.Gagne guru dapat mempraktikkan ilmu psikologi dalam tiga perkara iaitu ilmu strategik, ilmu proses dan ilmu bahasa. Ilmu stategik merupakan ilmu yang berkaitan dengan kaedah belajar, mengingat dan penyelesaian masalah termasuklah penggunaan strategic yang berkesan. Ilmu proses pula merupakan ilmu yang berkaitan dengan menggunakan ilmu pengiraan atau amalan (praktikal). Ia dikenali melalui kemahiran dalam membeza, mentafsir dan merumus. Kebanyakan ilmu jenis ini didapati dengan menggunakan soalan ‘bagaimana’. Ilmu yang terakhir ialah ilmu bahasa. Ilmu jenis ini berkaitan dengan ilmu alam sekitardan menggunakan soalan ‘Apa itu’. Guru memerlukan pelbagai prinsip dan teori psikologi pendidikan yang telah dihasilkan. Hal ini kerana pelbagai hujah dan penjelasan dari perspektif yang berbeza telah diberikan oleh ahli psikologi pendidikan untuk sesuatu isu.

PERKEMBANGAN KENDIRI

Konsep Perkembangan Kendiri Oleh Erik Erickson

Erik Erickson ialah seorang pakar psikologi Amerika yang mana hasil kerjanya diterima meluas sehingga mempengaruhi pemikiran semasa. Beliau dikenali kerana huraiannya mengenai tahap psikososial pembangunan manusia. Menurut Erickson, proses sosiolisasi terbahagi kepada lapan fasa yang dikenali sebagai Lapan Tahap Manusia. Beliau menghuraikan lapan tahap kitar hidup dalam terma krisis psikososial yang muncul dan memerlukan azam sebelum tahap seterusnya dapat dirunding secara puas hati. Beliau menegaskan bahawa pembangunan boleh berjaya jika individu boleh menyelesaikan kunci konflik yang terjadi pada setiap tahap tersebut. Jika seseorang dengan krisis khusus dalam cara yang tidak sesuai, hasilnya akan terjadi lebih lebih pergelutan dengan isu itu dalam hidup nanti. Bagi Erickson, urutan tahap ditentukan secara semulajadi. Erik Erickson mempercayai bahawa manusia berpotensi untuk perkembangan psikologi yang sihat. Beliau berpendapat manusia berupaya mengatasi kesulitan-kesulitan yang timbul dari masa ke semasa pada peringkat-peringkat perkembangan tertentu.



Teori Erickson menyediakan penjelasan asal bagaimana kita membangunkan sebagai ahli komuniti dan bagaimana personaliti kita terbentuk mengikut tahap –tahap yang telah ditetapkan. Sebagai manusia kita tidak boleh lari dari merasai kesan penderaan dan penyisihan di dalam pembangunan psikososial, teori Erickson menerangkan bagaimana pembangunan kendiri itu boleh menyumbang kepada individu yang positif atau sebaliknya. Idea asal Erickson ialah penglibatan keperluan hidup bagi individu tersebut. Pembangunan personaliti ialah hasil perhubungan di antara individu (psiko) dan persekitaran (sosial). Pembangunan personaliti boleh menuju kearah personaliti sihat (positif) atau personaliti tidak sihat (negatif). Erik Erickson mempercayai bahawa manusia berpotensi untuk mengalami perkembangan psikologi yang sihat. Beliau juga berpendapat manusia berupaya mengatasi kesulitan yang timbul dari semasa ke semasa.

PERKEMBANGAN PSIKOLOGI


Erik Erickson mempercayai bahawa manusia berpotensi untuk mengalami perkembangan psikologi yang sihat. Beliau berpendapat manusia berupaya mengatasi kesulitan yang timbul dari semasa ke semasa pada peringkat-peringkat perkembangan tertentu. Kajian Erickson mencadangkan bahawa bila dan di mana perkembangan manusia adalah sangat penting untuk mereka membesar dan mengalami perubahan cara hidup, yang perkembangan persendirian. Erik Erickson telah mengenalpasti lapan seperti berikut sama dalam tahap-tahap dalam perkembangan manusia.



(i) Kepercayaan lawan ketidakpercayaan (0 – 18 bulan)

Tahap pertama menumpukan kepada pembangunan,kepercayaan dan tidak kepercayaan. Peringkat perkembangan ini amat penting pada tahap ini. Bayi akan mempelajari bahawa dunia ini adalah tempat yang selamat baginya dan manusia yang wujud disekeliling adalah penyayang dan menghargai dirinya. Menurut Erickson, kepercayaan seseorang akan meningkat apabila keluarga atau penjaganya menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dengan konsisten dan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup. Tanggungjawab ini merangkumi pemberian makanan, pemberian kasih sayang dan keselesaan hidup. Sekiranya tanggungjawab ini tidak dilaksanakan dengan baik, maka sifar ketidakpercayaan akan wujud di dalam diri seseorang yang terlibat. 

(ii) Autonomi lawan perasaan malu dan keraguan (18 bulan – 3 tahun)

Pada amnya, tahap kedua ini, mulai umur 18 bulan, konsep diri seseorang mula bertambah nyata. Kanak-kanak mula mengetahui bahawa apa yang dia cakap serta buat merupakan tindakannya dan bukan tindakan orang lain seseorang kanak-kanak akan cuba menyelesaikan persoalan berkaitan latihan di tandas. Pada peringkat ini, mereka cuba menyesuaikan keadaan dengan arahan-arahan yang dianggap rumit dan leceh. Pada tahap ini, Erickson menyatakan seseorang itu akan mengalami proses penanaman keyakinan diri dan pengawalan diri serta mencadangkan supaya ibu-bapa memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka di masa yang sama membimbing mereka untuk melakukan sesuatu dengan betul dan memaklumkan mereka tentang keperluan untuk mereka mematuhi batasan-batasan yang telah ditetapkan. Dengan cara ini, kanak-kanak akan mengenal jenis-jenis tingkah laku yang digalakkan serta yang dielakkan.

(iii) Inisiatif lawan perasaan bersalah (3-6 tahun)

Mengikut teori Erickson, pada tahap ke tiga individu akan menjalani proses pembentukkan sifat tidak bergantung kepada orang lain dan cuba mencari jalan penyelesaiaan sendiri untuk sesuatu masalah yang berkaitan dengan kehidupan dan perasaan autonomini (jika digalakkan) sudah pun mencapai aras perkembangan yang tinggi. Pada tahap ini kanak-kanak akan mencari dan bertindak mengikut kehendak diri mereka. Kanak-kanak seharusnya diberikan peluang untuk menyelesaikan masalah yang timbul mengikut pertimbangan mereka. Selain itu juga, kanak-kanak akan berlatih menilai sama ada jalan penyelesaian yang telah mereka ambil itu dapat menyelesaikan masalah yang timbul atau sebaliknya. Dan pada peringkat itu juga mereka akan menerokai dan mencuba sesuatu yang baru serta mencabar. Keinginan inisiatif amat penting dalam lingkungan umur 3 hingga 6 tahun. Melalui galakan yang diberi kepada kanak-kanak untuk meneroka dan mencuba, mereka akan menyedari keupayaan serta potensi mereka. Mereka akan mula mengetahui yang mereka itu boleh mengarahkan diri sendiri untuk mencapai sesuatu yang berfaedah. Kanak-kanak dalam keadaan tersebut akan membesar menjadi orang dewasa yang berinisiatif.


(iv) Ketekunan lawan rasa rendah diri (6-12 tahun)

Tahap ini mengajar kanak-kanak mengenali erti kesabaran dan ketekunan di dalam menguasahakan sesuatu di samping menanamkan sifat ingin berjaya di dalam diri individu terbabit. Kanak-kanak ini akan belajar untuk menghadiahkan sesuatu kepada diri mereka. Ketika mencapai umur 6 tahun, seseorang kanak-kanak amat bertenaga dan kebolehan berbahasa juga telah meningkat. Proses ini selalunya berjalan di alam persekolahan, di mana kanak-kanak bermain dan cuba untuk menjadi pemenang dalam suatu permainan. Apabila mereka mula mencapai peringkat operasi konkrit, iaitu mereka berupaya menggambarkan transformasi dan pertalian antara dua situasi yang berkaitan, memahami konsep pembalikan serta berfikiran logik. Mereka juga boleh memahami konsep ruang, kelajuan, masa dan sebab musabab satu-satu kejadian. Mereka boleh menyusun idea-idea mengikut urutan. Mereka boleh cuba memahami suatu idea dari pelbagai segi. Ini bermakna mereka telah bersedia untuk menerima pandangan orang lain. Menurut Erickson, kanak-kanak pada ini perlu menyalurkan tenaga mereka ke arah menghasilkan sesuatu yang baik.

(v) Identiti lawan kekeliruan identiti (12-18 tahun)

Peringkat hidup ini merupakan peringkat remaja. Ini amat penting dalam menentukan nilai-nilai dan identiti seseorang. Remaja agak keliru tentang tujuan dan aspirasi diri serta harapan orang lain. Individu akan tertanya-tanya ;siapakah saya sebenarnya? Apakah perhubungan saya dengan orang lain? Akibat keraguan ini, remaja akan meniru pelbagai tingkah laku orang dewasa seperti guru, bintang filem, penyanyi dan sebagainya. Pembentukkan personaliti individu pada tahap ini banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya dan idola yang mereka pilih. Oleh sebab itu kita lihat peringkat umur ini remaja akan mudah terpengaruh dengan penampilan artis-artis yang menjadi idola mereka. Adalah penting untuk ibu-bapa dan masyarakat membantu golongan remaja ini untuk membuat pilihan yang tepat di dalam menentukan identiti diri mereka. Pada peringkat remaja akan dipupuk dengan sifat ketaatan dan kesetiaan di mana mereka akan cuba untuk bergerak sama-sama rakan sebaya mereka dan cuba untuk mempertahankan identiti diri mereka walaupun ianya ditentang oleh pihak-pihak tertentu. Mereka sedaya upaya mereka akan cuba untuk mengikut apa yang dilakukan oleh rakan sebaya atau idola mereka. Pemilihan rakan sebaya dan idola yang tepat akan banyak membantu dalam melahirkan individu yang mempunyai personaliti yang positif. Sebagai contoh jika remaja itu menjadikan bapanya sebagai idola maka segalanya tindak tanduk dan kejayaan bapanya akan dicuba untuk diikuti dan dicapai. Namun begitu jika individu yang gagal mencari identiti diri mereka akan merasa diri mereka terpinggir dan disisihkan masyarakat.

(vi) Kerapatan lawan pengasingan (18-35 tahun)

Elemen terpenting pada tahap ini menurut Erikson ialah elemen kasih sayang melalui keakraban perhubungan.  Perlu ditegaskan keintiman atau keakraban tidak semestinya hubungan antara dua individu yang berlain jantina. Individu yang telah mempunyai identiti diri akan rasa bersedia untuk berkongsi identiti mereka bersama orang lain. Individu terbabit akan menilai sama ada identiti yang telah dipilihnya pada peringkat sebelumnya itu membantunya untuk diterima masuk di dalam masyarakat ataupun akan menyebabkan dirinya terpinggir daripada masyarakat. Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan mendirikan rumah tangga. Cara ini lah yang membolehkan orang dewasa berkongsi hidup bersama serta mencapai kemesraan dan kerapatan. Sebaliknya, orang dewasa yang masih bujang atau tidak berkhawin akan berasa sunyi serta mengalami rasa pengasingan.

(vii) Generaviti lawan pemusatan kendiri (35-60 tahun)

Generaviti merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan dan perkhidmatan untuk generasi akan datang. Menurut Erickson, pada tahap ini individu akan cuba memupuk di dalam diri mereka sifat mengambil berat terhadap orang lain. Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan berpuas hati jika dapat membantu anak-anak menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab serta berguna kepada masyarakat dan negara. Selain itu, individu berkenaan juga ingin membantu orang lain dalam kesusahan serta menjalankan kerja amal. Sifat ini dapat dipupuk melalui pemikulan tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk mengasuh, mendidik, memberi makan dan keselesaan hidup kepada anak-anak. Pada tahap ini individu tersebut akan dinilai sama ada mereka adalah individu yang aktif atau pasif dalam membantu membangunkan masyarakat yang lebih baik.

(viii) Kesepaduan lawan putus asa (60 tahun hingga akhir hayat)

Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan sentiasa melakukan refleksi kendiri. Dia akan mengingati kembali kejayaan dan kegagalan yang dialami pada peringkat-peringkat awal. Jika individu itu berasa puas hati dan telah berjaya mengatasi masalah-masalah yang dialaminya pada peringkat-peringkat awal, dia akan mencapai rasa kesepaduan. Sebaliknya, kalau seseorang individu sentiasa menyesal tentang peluang-peluang yang terlepas pada masa yang lalu atau gagal mengatasi masalah-masalah pada peringkat umur yang awal, dia akan berputus asa. Pada tahap terakhir ini juga individu akan menilai pencapaian hidup mereka dan bertanya kepada diri mereka kesediaan untuk menghadapi kematian. Persoalan utama yang akan bermain di minda mereka adalah apakah yang telah dicapai oleh mereka selama ini. Jika individu terbabit telah pun mencapai matlamat yang telah ditetapkannya ataupun dapat menerima kegagalan mereka dalam melakukan beberapa perkara di masa lalu, maka individu tersebut akan bangga dengan kejayaannya dan akan berusaha untuk melahirkan generasi baru yang lebih baik daripada mereka.




Pendekatan Dalam Kajian Psikologi



Dalam bidang sains- psikologi, sosiologi, ekonomi, sains politik, biologi dan fizik memerlukan bukti empirical berdasarkan kepada pemerhatian yang teliti dan eksperimen. Untuk mengumpul data secara sistematik dan berobjektif, ahli-ahli psikologi menggunakan pelbagai kaedah dalam kajian yang dilakukan. Jadual 1 adalah kaedah atau pendekatan yang digunakan dalam kajian psikologi :

Kaedah Kajian
Kelebihan
Limitasi
Pemerhatian


Tingkah laku memerhati persekitaran dimana ia berlaku secara semulajadi.
Memberikan maklumat yang kelihatan lebih tepat berbanding laporan selepas fakta.
Pemerhatian berkemungkinan cuai. Pemerhatian tingkah laku seseorang kemungkinan tidak pasti sama ada sesuai untuk susunan dan individu yang berlainan.
Kajian Kes


Kajian terhadap individu dan sekumpulan manusia dilakukan secara mendalam.
Memberikan maklumat diskriptif yang banyak dan berguna. Sesuai untuk membuat hipotesis.
Kajian kes berkemungkinan tidak mewakili sampel yang dikaji. Memakan masa dan mahal. Terkeluar daripada topik merupakan satu masalah yang berpotensi.
Pengukuran


Bilangan penyertaan yang besar ditanya untuk membentuk set soalan.
Dapat memperolehi sejumlah data yang besar yang dapat dikumpul dengan cepat dan tidak mahal.
Sampel mungkin mempengaruhi keputusan. Soalan yang lemah akan memberikan data yang tidak begitu jelas. Ketepatan bergantung kepada kemampuan dan kesudian peserta dalam memberikan jawapan.
Kajian Kolerasi


Membangunkan kaedah statistik untuk melihat hubung kait antara dua atau lebih pembolehubah.
Memberikan hubungkait antara pembolehubah yang tidak dapat diperolehi daripada kaedah yang lain.
Tidak memberikan pengkaji untuk membuat kesimpulan berdasarkan punca dan kesan hubungkait tersebut.
Kajian Eksperimen


Satu atau lebih pembolehubah dimanipulasi secara sistematik. Kesan manipulasi ke atas pembolehubah dikaji.
Pengawalan yang ketat ke atas pembolehubah membolehkan pengkaji membuat kesimpulan berdasarkan punca dan kesan hubungkait yang dilakukan.
Banyak pembolehubah tidak boleh dikawal dan dimanipulasi. Pembolehubah yang tidak dijangka dan tidak terkawal akan menjejaskan keputusan.

Jadual 1 : Kaedah Atau Pendekatan Yang Digunakan Dalam Kajian Psikologi