Psikologi Pendidikan dan Guru

Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan .aspek aspek psikologi dalam kajian meliputi tingkahlaku murid terhadap segala aktiviti pengajaran pembelajaran dalam situasi bilik darjah.

Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkahlaku dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk mrnyelesaikan masalah pendidikan. Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid, pengajaran dan pembelajaran yang mengfokus proses-proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran. lmu psikologi merangkumi pelbagai topik yang boleh diaplikasikan didalam berbagai-bagai bidang khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkahlaku manusia terhadap pembelajaran.



Menurut R.M.Gagne guru dapat mempraktikkan ilmu psikologi dalam tiga perkara iaitu ilmu strategik, ilmu proses dan ilmu bahasa. Ilmu stategik merupakan ilmu yang berkaitan dengan kaedah belajar, mengingat dan penyelesaian masalah termasuklah penggunaan strategic yang berkesan. Ilmu proses pula merupakan ilmu yang berkaitan dengan menggunakan ilmu pengiraan atau amalan (praktikal). Ia dikenali melalui kemahiran dalam membeza, mentafsir dan merumus. Kebanyakan ilmu jenis ini didapati dengan menggunakan soalan ‘bagaimana’. Ilmu yang terakhir ialah ilmu bahasa. Ilmu jenis ini berkaitan dengan ilmu alam sekitardan menggunakan soalan ‘Apa itu’. Guru memerlukan pelbagai prinsip dan teori psikologi pendidikan yang telah dihasilkan. Hal ini kerana pelbagai hujah dan penjelasan dari perspektif yang berbeza telah diberikan oleh ahli psikologi pendidikan untuk sesuatu isu.