Bidang-bidang Psikologi Moden



Psikologi merupakan pengembangan baru terhadap bidang psikologi yang sedia ada yang mementingkan keobjektifan. Selain daripada itu, bidang psikologi moden tidak lagi ditakrifkan sebagai kajian tentang jwa atau rohani, tetapi sebagai satu sains tingkah laku. Tingkah laku pada ahli psikologi ialah segala aktiviti seseorang dengan penggunaan alat. Bahan kajian psikologi ialah untuk mendapatkan undang-undang prinsip-prinsip yang menerangkan perkaitan tingkah laku yang lain.

Psikologi moden telah berkembang membentuk beberapa pecahan. Antara pecahan-pecahan tersebut ialah:-

Psikologi Klinikal

Psikologi klinikal merupakan satu kaedah yang digunakan untuk memperbaiki dan merawat mental, emosi, perasaan, masalah perkahwinan dan tingkah laku tidak terkawal. Julat pengawalan bermula dari masalah jangka pendek sehingga masalah kronik seperti Schizopherenia (sejenis penyakit mental yang menyebabkan pesakit mengalami masalah untuk mengenal pasti sesuatu itu benar atau salah)

Psikologi Fisiologi

Psikologi fisiologi mengkaji pertalian antara proses tubuh badan dengan tingkah laku. Kajian tertumpu pada fungsi organik terutamanya sistem saraf. Contohnya, kajian akan dijalankan untuk mengetahui cara otak mengawal kelaparan.

Psikologi Kaunseling

Psikologi kaunseling membantu individu dalam menangani masalah mental dan keadaan yang sukar secara berkesan. Setiap individu samada dari peringkat sekolah sehingga universiti yang mengalami kesukaran memerlukan khidmat kaunselor dalam menangani masalah dengan berkesan. Psikologi kaunseling hamper sama dengan psikologi klinikal dengan membantu individu yang menghadapi masalah dan mengkaji masalah terhadap punca tingkah laku tak terkawal dan keberkesanan melalui terapi.

Psikologi Personaliti

Psikologi personaliti mengkaji mengenai perbezaan antara individu dari segi sosiabiliti, sidat kendiri, ketakutan, keperluan dan sebagainya. Ahli psikologi dalam bidang ini berupaya untuk menentukan kenapa seseorang itu gembira, gementar, sedih, gembira dan sebagainya. Bidang ini juga mengkaji adakah terdapat perbezaan konsisten antara lelaki dan wanita, bangsa, dan kumpulan budaya dari segi sosiabiliti.

Psikologi Perkembangan

Psikologi perkembangan mengkaji factor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dari lahir sehingga dewasa. Prinsip-prinsip perkembangan pada peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa akan dikaji.

Psikologi Industri dan Organisasi


Psikologi industry dan organisasi member perhatian kepada isu-isu praktikal seperti memilih dan melatih. Ia juga meningkatkan produktif dan keselesaan tempat kerja serta kesan penggunaan computer dan outomasi kepada pekerja. Kebanyakan organisasi dan industry memerlukan khidmat ahli psikologi dalam menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan tekanan tempat kerja. Selain daripada itu, perhubungan antara pekerja dengan kaunselor dalam pemilihan pekerja, mengarah kepada kerja-kerja sukarela dan sebagainya.

Psikologi Eksperimentasi

Psikologi eksperimentasi melakukan kajian terhadap proses psikologikal yang asas termasuk belajar mengingat, perasaan, pandangan dan motivasi. Bidang ini berminat untuk menjawab persoalan seperti ;bagaimana manusia boleh mengingat dan apa yang membuatkan manusia lupa? Adakah lelaki dan wanita melihat permasalahan dari sudut berbeza? Kenapakah sesetengah individu lebih bermotivasi dari individu lain?. Psikologi ini juga bertujun untuk mengembangkan kebolehan penyelidikan terutama dari segi pengamatan, perhatian, pemikiran dan pembalajaran.

Psikologi Pendidikan

Psikologi pendidikan adalah gabungan dua bidang yang berbeza iaitu bidang psikologi dan pendidikan. Walaupun kedua-kedua bidang ini jauh berbeza, namun ianya sering dikaitkan dalam membina individu dalam proses pembelajaran di sekolah. Ia mengkaji semua aspek proses pendidikan seperti pengajaran, pembelajaran, suasana bilik darjah, penyusunan kerusi dan meja, kurikulum sekolah. Justeru, ia merupakan cabang psikologi yang menekankan penggunaan serta penyerapan teori dan kaedah psikologi terhadap permasalahan dalam pendidikan.

Psikologi Sosial

Psikologi sosial mengkaji tingkah laku individu dalam situasi kumpulan dan perhubungan antara individu ataupun antara kumpulan. Perkara-perkara yang dikaji termasuk sikap dan prasangka individu terhadap sesuatu.