‘Psiko’ sering dikaitkan dengan perasaan, jiwa, mental, dan emosi dan‘psikologi’ pula adalah kajian mengenai perasaan, jiwa, mental dan emosi. Kesemua takrifan itu adalah persepsi pertama yang terlintas dalam pemikiran kita apabila mendengar perkataan-perkataan tersebut. Bagaimanapun Kamus Dewan memberi maksud psikologi sebagai kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan. Pola pemikiran dan perlakuan seseorang ataupun sesuatu kumpulan tertentu dengan kebijaksanaan memahami sifat manusia.
Psikologi pendidikan
Pada asasnya, psikologi pendidikan adalah sebuah disiplin psikologi yang khusus mempelajari, meneliti, dan membahas seluruh tingkah laku manusia yang terlibat dalam proses pendidikan yang meliputi tingkah laku belajar (oleh siswa), tingkah laku mengajar (oleh guru), dan tingkah laku belajar mengajar (interaksi guru dan murid). Psikologi pendidikan menurut sebahagian ahli psikologi merupakan sub disiplin psikologi dan bukannya psikologi itu sendiri.
Menurut Arthur S. Reber (1998) menyatakan psikologi pendidikan adalah sebuah sub disiplin ilmu psikologi yang berkaitan dengan teori dan masalah kependidikan yang berguna dalam hal-hal seperti penerapan prinsip-prinsip belajar dalam kelas, pengembangan dan pembaharuan kurikulum, ujian dan evaluasi bakat dan kemampuan, sosialisasi dan interaksi proses-proses tersebut denganpendayagunaan ranah kognitif dan penyelenggaraan pendidikan keguruan.
Secara praktis, Barlow (1985, dalam Tardif, 1987) mendefinisikan psikologi pendidikan sebagai sebuah pengetahuan berdasarkan riset psikologis yang menyediakan serangkaian sumber-sumber untuk membantu dan melaksanakan tugas sebagai seorang guru dalam proses belajar mengajar secara lebih selektif. Dalam buku Educational Psychology yang diterjemahkan Buchori (1978), psikologi pendidikan adalah studi sistematis tentang proses-proses dan factor-faktor yang berhubungan dengan pendidikan manusia.
Menurut Wikipedia, Psikologi pendidikan merupakan kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan. Walaupun istilah "psikologi pendidikan" dan "psikologi sekolah" seringnya digunakan sebagai sinonim untuk satu sama lain, para penyelidik dan ahli teori cenderung dikenali sebagai ahli psikologi pendidikan, manakala pengamal di sekolah atau dalam keadaan berkait sekolah dikenali sebagai ahli psikologi sekolah. Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak bergeliga dan mereka yang kehilangan upaya.
Sebahagian psikologi pendidikan dapat difahami menerusi hubungannya dengan disiplin-disiplin yang lain, khususnya bidang psikologi. Ia memiliki hubungan dengan disiplin psikologi yang seolah-olah hubungan antara perubatan dengan biologi, atau kejuruteraan dengan fizik. Psikologi pendidikan pula menjelaskan berbagai-bagai bidang dalam kajian pendidikan, termasuk reka bentuk pengajaran, teknologi pendidikan, perkembangan kurikulum, pembelajaran organisasi,pendidikan khas, dan pengurusan bilik darjah. Psikologi pendidikan meminjam daripada bidang sains kognitif dan sains pembelajaran, serta dan menyumbang kepadanya. Di universiti, jabatan psikologi pendidikan biasanya terletak di bawah fakulti pendidikan dan disebabkan ini, mungkin mengakibatkan kekurangan kandungan psikologi pendidikan dalam buku teks pengenalan psikologi.
1.7.2 Konsep-konsep asas psikologi
Terdapat empat konsep yang menjadi asas kepada psikologi iaitu naluri, keperluan, desakan dan motivasi yang setiap satunya mempunyai penjelasan yang tersendiri.
Menurut Hilgard (1979) naluri ialah kuasa semulajadi biologi yang mendorong seseorang bertindak mengikut sesuatu cara. Fantino mentakrifkan naluri sebagai pola tingkah laku yang semulajadi dan bukanlah sesuatu yang dipelajari. Naluri berlaku melalui tiga peringkat iaitu adanya desakan untuk capai sesuatu tujuan tanpa apa-apa rangsangan, pengetahuan sedia ada yg diwarisi utk capai tujuan tanpa dipelajari atau membuat latihan dan bentuk tingkah laku adalah sama bagi semua ahli kumpulan yang dikenali sbg ‘tingkah laku’.
Manusia mempunyai beberapa naluri antaranya naluri melarikan diri, naluri melawan, naluri keibubapaan, naluri ingin tahu, naluri mencari makanan, naluri minta tolong, naluri jijik, naluri kejantinaan, naluri memperagakan diri, naluri merendah diri, naluri ingin memiliki, naluri meruntuh dan membina, naluri ingin berkumpulan, naluri ketawa dan sebagainya. Naluri tersebut dikenali sebagai naluri asas atau tersusun dalam diri manusia seterusnya menjadi pengerak tingkah laku manusia dan asas kehidupan manusia.
Keperluan bermakna sesuatu yang dikehendaki oleh seseorang individu untuk berfungsi secara berkesan. Abraham Maslow membahagikan keperluan kepada dua kategori iaitu keperluan fisiologi atau hayat dan keperluan psikologi. Keperluan fisiologi atau hayat merupakan keperluan yang wujud daripada kekurangan atau keperluan organik seperti makanan, air, objek, dan seks. Manakala keperluan psikologi wujud daripada hubungan antara organisma dan manusia dengan persekitaran.
Desakan merupakan fenomena dalaman yang dialami individu apabila berlaku ketidakseimbangan dalam badan. Kekurangan sesuatu keperluan asas seperti makanan, minuman, udara, seks, dan kasih sayang yang diperlukan oleh badan membentuk ketidakseimbangan. Kekurangan ini mewujudkan desakan supaya kekurangan ini dapat dipenuhi. Terdapat tiga jenis desakan utama yang dialami oleh individu iaitu desakan lapar yang disebabkan oleh keperluan makanan, desakan dahaga yang disebabkan oleh keperluan minuman iaitu air dan desakan seks yang disebabkan oleh keperluan kejantinaan.
Motivasi atau pergerakan ialah kecenderungan organism untuk menjalankan aktiviti yang dirangsang oleh suatu insentif. Tingkah laku seperti ini wujud kerana ketegangan fisiologi atau psikologi, dan menuju arah pencapaian satu-satu matlamat. Motivasi wujud secara semulajadi dan ianya tidak diwarisi. Semakin kuat keinginan untuk mencapai sesuatu, semakin tinggi motivasinya.