Psikologi pendidikan merupakan satu cabang bidang psikologi. Ia merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku manusia dalam situasi pendidikan. Psikolog ini amat berguna kepada ibu bapa dan para pendidik. Ianya meliputi aspek-aspek pendidikan seperti pengajaran dan pembeljaran, suasana bilik darjah, penyusunan kerusi meja.
Untuk memahami psikologi maka seseorang perlu terlebih dahulu memahami beberapa konsep seperti konsep dan teori. Ini adalah kerana kedua-dua perkara ini amat berkait rapat dengan penyilidikan yang dijalankan akan menghasilkan penemuan-penemuan baru. Sehubungan dengan itu, secara realiti guru memerlukan berbagai-bagai konsep dan teori psikologi pendidikan yang telah dihasilkan daripada penemuan-penemuan tersebut.
Berbagai hujah dan penjelasan dari perspektif yang berbeza-beza telah diberikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan mengenai sesuatu isu. Untuk menjurus kepada perkara tersebut, maka pemahaman tentang psikologi pendidikan serta elemen-elemen yang bersangkut paut dengannya diperlukan untuk difahami. Matlamat utama psikologi pendidikan sangat jelas iaitu untuk memahami pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan sebagai alat utama.
Dari beberapa prinsip yang dibina maka ahli psikologi telah menyediakan penjelesan-penjelasan mengenai hubungan pelbagai pembolehubah dengan keseluruhan sistem yang berhubung. Secara realiti guru memerlukan pelbagai prinsip-prinsip dan teori-teori psikologikal pendidikan yang telah dihasilkan. Ahli psikologi pendidikan bertugas meninggikan kesempurnaan pembelajaran di sekolah/institusi pendidikan dengan menggunakan psikologi pembelajaran dan motivasi. Ahli psikologi pendidikan juga mengkaji kaedah mengajar dan belajar yang lebih berkesan dan biasanya ahli ahli psikologi pendidikan bertugas membentuk pendidikan seperti di sekolah, maktab dan IPT. Ahli psikologikal pendidikan berminat mengkaji bagaimana prinsip-prinsip psikologi membantu memahami pembelajaran.