Psikologi pendidikan merupakan bidang psikologi gunaan atau praktik. Ia membina serta mengkasilkan teor-teori serta prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada memahami tingkahlaku pelajar dan guru dalam bidang pendidikan. Pengetahuan mengenai psikologi pendidikan ini sangat penting bagi para pendidik untuk menyelenggarakan pendidikan di sekolah-sekolah. Terdapa tempat tujuan utama dalam psikologi pendidikan untuk guru-guru iaitu memerihal, meramal, menerangkan dan mengawal. Hal ini juga disebut oleh ahli psikologi Abd .Majid Mohd. Isa dan Rahil Mahyuddin (1997).
Pengetahuan mengenai psikologi pendidikan ini sangat penting bagi para pendidik untuk menyelenggarakan pendidikan di sekolah-sekolah. Terdapa tempat tujuan utama dalam psikologi pendidikan untuk guru-guru iaitu memerihal, meramal, menerangkan dan mengawal. Hal ini juga disebut oleh ahli psikologi Abd .Majid Mohd. Isa dan Rahil Mahyuddin (1997).
Memahami (memerihal dan menerangkan) tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Meramalkan tingkahlaku gantian yang mungkin berlaku dan mengawal tingkahlaku tersebut.
Menurut Kindgren sebagaimana yang dikutip Surya (1982), manfaat psikologi pendidikan adalah untuk membantu para guru dan para calon guru dalam mengembangkan pemahaman yang lebih baik mengenai kependidikan dan prosesnya. Chaplin (1972) pula menitikberatkan manfaat psikologi pendidikan untuk memecahkan masalah-masalah yang terdapat dalam dunia pendidikan dengan cara menggunakan kaedah-kaedah yang disusun secara rapid dan sistematis.
Muhibbin (1999) menggariskan sepuluh jenis kegiatan pendidikan yang memerlukan prinsip-prinsip psikologi seperti berikut :
(1) Pemilihan penerimaan pelajar
(2) Perencaan pendidikan
(3) Penyusunan kurikulum
(4) Penelitiankependidikan
(5) Pentadbiran pendidikan
(6) Pemilihan bahan pelajaran
(7) Interaksi pengajaran dan pembelajaran
(8) Bimbingan dan motivasi
(9) Kaedah mengajar
(10) Pengukuran dan penaksiran